Thursday, May 24, 2007
Tips meluluhkan hati wanita
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak meneteskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar untuk cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang, sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan.
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan senantiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagaimana untuk menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan gunakan cara kasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mulai menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cobalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Musik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sekali-kali beritahu perempuan yang mereka itu lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, sigadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang telepon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh menit, semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cobalah mulai dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yangdirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya kenapa aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cobalah rajin untuk membaca buku-buku tentang cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan senantiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa yaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata tuk tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, perhatian, jujurdan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita menginkan sorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar card ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini, dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau mau memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.